Friday, February 25, 2011

RUJUKAN

1 . Al-Quran Al-Karim

2 . http://abdazizharjin.blogspot.com





7 . Hajah Noresah binti Baharom (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat , Dewan Bahasa Dan Pustaka

8 .Yang Berbahagia Imam Masjid Al-Ilmiah , Haji Said bin Abdul Rahman .

9 . Ayah saya , Rohaizat bin Md . Fudzi .

PENUTUP

   Secara keseluruhannya , masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang amat penting bagi umat islam . Fungsi dan masjid adalah penting walaupun pada masa kini peranan masjid sudah jarang dilakukan . Masjid harus melakukan peranan-peranan tersebutyang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masa .Paling tidak melalui huraian para pembinanya guna mengarahkan umat pada kehidupan duniawi dan ukhrawi yang
lebih berkualiti.Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu sarana yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.

    Daripada apa yang dibincangkan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan dan fungsi masjid mempunyai nilai
kesejagatan. Ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini.Melaksanakan penubuhan satu jabatan yang menguruskan pentadbiran masjid merupakan satu keperluan asas masa kini agar pengurusan masjid menjadi lebih saksama, teratur, rapi dan berkesan.Akhir sekali , masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang peranan  dan fungsi masjid agar usaha masjid untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara ke arah penghayatan Islam, terlaksana dengan jayanya .

HURAIAN

SEJARAH PENUBUHAN MASJID AL-ILMIAH


    Masjid yang kekuningan dan beratap biru ini dinamakan Masjid Al-Ilmiah,Kampung Baru, Kuala Kedah, Kedah .Pada mulanya, masjid ini dinamakan Masjid Lama Kampung Baru sahaja . Selepas berpuluh-puluh tahun, masjid ini dinamakan pula dengan Masjid Al-Ilmiah sehingga kini. Untuk pengetahuan orang ramai, masjid ini telah dibina lebih daripada 80 tahun dahulu . Akan tetapi, banyak binaan masjid ini yang telah rosak kerana dimamah usia . Oleh itu , masjid ini diperbaharui semula dan diperbesarkan pada tahun 70-an .Yahya bin Haji Ali merupakan pengasas masjid ini yang dibina untuk orang kampung menunaikan solat berjemaah dan sebagainya . Imam pertama masjid ini adalah Lebai Hassan bin Haji Ishak yang merupakan nenekmoyang kepada ayah saya . Manakala , imam kedua ialah Tok Lebai Syafie yang menjadi tunggak masjid ini .










KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
    
      Selain itu, masjid ini mempunyai beberapa kemudahan untuk kegunaan orang kampung sekitar masjid ini. Walaupun kebanyakan kemudahan ini sudah usang kerana sudah lama, namun, kemudahan-kemudahan ini masih boleh digunakan sehingga kini, antaranya ialah , tandas awam , kolah ambil air wudhuk , mikrofon , dan sebagainya .Masjid ini tidak dilengkapi dengan air pili kerana hanya mempunyai kolah ambil air wudhuk.Oleh itu, orang kampung hanya mengambil wudhuk menggunakan air kolah . Kaum muslimat mengambil air wudhuk menggunakan air di dalam tandas.Tidak ketinggalan juga terdapat ruang solat untuk kaum muslimin dan ruang solat untuk kaum muslimat . Walaupun ruang solat bagi kaum muslimat agak sempit, namun ruang solat yang disediakan ini cukup selesa untuk kegunaan jemaah .
      Akan tetapi , ruang bacaan untuk kegunaan jemaah agak terhad kerana banyak Al-Quran dan kitab-kitab lama yang sudah usang dan carik , malah ada yang hilang kerana dicuri . Di samping itu , terdapat sebuah mimbar lama yang menjadi tunggak masjid ini dimana mimbar ini digunakan oleh imam masjid untuk membaca khutbah jumaat dan khutbah raya . Terdapat juga tempat mandi jenazah dimana jenazah akan dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan di masjid ini .










PERBANDINGAN SUASANA MASJID PADA MASA DAHULU DAN SEKARANG




       Menurut imam masjid ini dan orang-orang kampung , terdapat banyak perbandingan suasana masjid pada masa dahulu dan sekarang . Antaranya ialah , pada masa dahulu , semua dinding dan lantai diperbuat daripada kayu sahaja .Pada masa kini, lantai kayu telah digantikan dengan lantai mozek dan separuh dinding masjid ditukar dengan simen .
       Selain itu, pada masa dahulu, masjid ini tidak mempunyai sumber bekalan elektrik dan air . Mereka membina sebuah telaga yang digunakan untuk menadah air hujan dan dijadikan air wudhuk . Oleh kerana tiada bekalan elektrik, mereka menggunakan lampu gasolin dan minyak tanah pada waktu malam .Berbeza pada masa kini yang sudah ada kemudahan bekalan air dan elektrik . 
       Disamping itu , cara penyampaian azan pada masa dahulu dan sekarang mempunyai perbezaannya yang tersendiri . Pada masa dahulu , apabila masuknya waktu azan , siak akan membunyikan gendang sebanyak beberapa kali menandakan masuknya waktu solat . Untuk pengetahuan umum , hadith ini telah menceritakan tentang penyampaian azan pada zaman rasulullah sallallahualaihiwasallam yang bermaksud ,
Dari Anas Bin Malik:
Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja.
Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
Pada masa kini pula , semestinya mereka menggunakan p.a sistem dan pembesar suara dan melaungkannya apabila sudah masuknya waktu solat.
       Keadaan jalan kampung untuk sampai ke masjid ini juga sudah berubah. Pada masa dahulu, jalan masuk ke kawasan masjid ini hanya berpasir dan berdenai . Pada masa kini, keadaan jalan sudah berubah dimana jalan telah pun diturap .





        



TANAH PERKUBURAN

     Saya telah menziarahi tanah perkuburan yang berdekatan dengan masjid ini . Tanah perkuburan ini telah dijaga dengan baik memandangkan rumput-rumput liar sudah dicabut dan dicantas . Saya juga telah menemui pusara imam pertama Masjid Al-Ilmiah ini iaitu Lebai Hassan bin Haji Ishak . 






AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERANAN MASJID TERHADAP ORANG RAMAI  

      Pelbagai aktiviti dijalankan di masjid untuk menarik lebih ramai orang kampung untuk berjemaah di masjid selain dapat mengimarahkan m asjid . Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong , pembersihan tanah perkuburan , ceramah agama , sambutan maal hijrah , kacau bubur asyura , malam nisfu sya'aban , mejlis hari raya korban , dan sebagainya . Derma khairat juga telah dijalankan dan dikutip setiap minggu . Duit hasil derma khairat akan disumbangkan kepada fakir miskin dan selebihnya akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan masjid yang telah rosak . Imam masjid memainkan peranan untuk memberi kuliah agama dua kali seminggu .Bacaan yaasin juga dijalankan setiap hari jumaat.


     Secara umumnya , masjid ini mempunyai peranannya yang tersendiri . Antaranya ialah ,secara umum masjid ini merupakan tempat beribadah seperti menunaikan solat dan berzikir .Selain itu, masjid ini juga merupakan  pusat ilmu, iaitu terdapat kelas KAFA dan fardhu ain kepada anak-anak di kampung ini . Di samping itu, masjid ini juga merupakan tempat kebajikan dimana musafir boleh singgah untuk berehat di masjid ini , dan menjadi tempat untuk mengumpulkan zakat . Masjid ini juga merupakan tempat untuk mengadakan akad nikah . Semasa saya membuat kajian di masjid ini , saya dapati terdapat sebuah majlis akad nikah sedang berlangsung . Jelaslah bahawa , masjid ini masih mempunyai fungsinya walaupun sudah terlalu lama dan usang .









              
        
CARTA ORGANISASI MASJID AL-ILMIAH


Berikut adalah carta organisasi masjid Al-Ilmiah yang sempat saya catat . Menurut imam masjid, carta organisasi ini tidak pernah berubah dari zaman 70-an dahulu hingga sekarang dan ada yang telah meninggal dunia.Namun carta organisasi ini tidak pernah berubah .


IMAM :
Haji Said bin Abdul Rahman


BILAL :
Mohd Zubir bin Hassan


SIAK :
Saad bin Mat


SETIAUSAHA :
Azhar Aziz


BENDAHARI :
Haji Kadir


AJK MASJID :
Paksu Ali
Paksu Jalil
Ismail Bakar



HASIL TEMU BUAL BERSAMA IMAM MASJID AL-ILMIAH


biodata diri

nama penuh :  Haji Said bin Abdul Rahman
umur : 65 tahun
pekerjaan : nelayan / imam masjid Al-Ilmiah
peranan : jurunikah , pengutip zakat , membaca talkin , membaca khutbah 
pengalaman sepanjang menjadi imam : banyak suka dan duka semasa menjadi imam , antaranya semasa pertama kali menjadi imam , beliau menarik perhatian semua orang kampung . Hasilnya, orang kampung banyak memberi sokongan dan sentiasa datang berjemaah ke masjid . 








                  

Wednesday, February 23, 2011

KONSEP MASJID

    Terdapat pelbagai takrifan dan pengertian yang diterjemahkan sama ada di dalam kamus , para ulama' , para cendekiawan, dan sebagainya. Berdasarkan pengertian di internet, terdapat pelbagai makna dan definisi yang diberikan oleh pelbagai jenis sumber iaitu masjid atau mesjid adalah rumah tempat ibadah umat Muslim. Masjid ertinya tempat sujud, dan mesjid berukuran kecil juga disebut musholla atau surau. Selain tempat ibadah masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Kegiatan - kegiatan perayaan hari besar, perjumpaan, kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an sering dilaksanakan di masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan hingga kemiliteran.


    Perkataan masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa ialah : “ Nama bagi tempat sujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi : 

جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا

(رواه البخاري)


Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”

(Hadis riwayat Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)



    
    
Menurut seorang pensyarah Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, iaitu Dr. Abdurrahman Raden Aji Haqqi sebagai gambaran umum definisi masjid, walaupun perkataan ‘masjid’ sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila kita merujuk beberapa kamus daripada pelbagai bahasa, kita akan menjumpai beberapa kemusykilan untuk memastikan definisi masjid. Ini disebabkan, menurut hemat penulis, oleh keumuman definisi tersebut. Sebagai contoh,  Kamus Dewan  mentakrifkan masjid sebagai “bangunan  khas tempat orang Islam 
beribadat.” Salah satu kemusykilannya, definisi ini boleh diaplikasikan kepada sebuah kedai yang dikhaskan untuk perniagaan dengan niat beribadat kerana dalam Islam perniagaan juga termasuk amal ibadat.
 Jadi kedai boleh dianggap masjid kerana ia merupakan bangunan khas tempat peniaga Muslim beribadat dalam bentuk perniagaan . Sebaliknya, dalam sebuah kamus berbahasa Arab, masjid didefinisikan dengan lebih sempit lagi iaitu “  ﻓﻴـﻪ ﻳﺼﻠﻰ ﻣﻜﺎﻥﲨﺎﻋــﺔ ﺍﻟﻨــﺎﺱ” atau “satu tempat di mana orang-orang  melaksanakan sembahyang berjemaah.”Ini bermakna secara  harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah saja  dan ia hanya digunakan untuk sembahyang, tidak lain. Di dalam kamus berbahasa Inggeris, 
masjid ditakrif sebagai  ‘Islamic place of worship’.Definisi ini lebih kurang menyerupai definisi versi bahasa Melayu walaupun ia lebih luas lagi  kerana bukan hanya ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ‘place’ yang bersifat Islam. Walau bagaimanapun, demi mengelakkan perbincangan panjang lebar mengenai definisi masjid, pengertian masjid dalam kertas kerja ini adalah seperti yang ditakrifkan  Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77  (selepas ini dipanggil  Akta)  iaitu: “Sebuah bangunan yang didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatan-perkhidmatan dan 
lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam, dan termasuk sebuah surau.”Daripada tafsiran undang-undang di atas, maksud istilah ‘masjid’ adalah: 


i. Berupa sebuah bangunan; 
ii. Bangunan tersebut didirikan atau digunakan bagi 
maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatanperkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan 
dengan agama Islam;    
iii. Surau dan balai ibadat


   Terdapat Sabda Nabi saw yang bermaksud “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid utk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga.” Namun masjid dalam erti yg sangat luas adalah semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dgn sabda Rasul saw “.. dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yg suci- mensucikan .” 




    Masjid bererti tempat beribadah. Akar kata dari masjid adalah sajada dimana sajada bererti sujud atau tunduk. Kata masjid sendiri berakar dari bahasa Aram. Kata masgid (m-s-g-d) ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke 5 Sebelum Masehi. Kata masgid (m-s-g-d) ini bererti "tiang suci" atau "tempat sembahan".
Kata masjid dalam bahasa Inggeris disebut mosque. Kata mosque ini berasal dari kata mezquita dalam bahasa Spanyol. Sebelum itu, masjid juga disebut "Moseak", "muskey" , "moscey" , dan "mos'key". Diduga kata-kata ini mengandung nada yang menjengkelkan. Contohnya pada kata mezquita yang diduga berasal dari kata mosquito. Tapi, kata mosque kemudian menjadi popular dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara luas.

   
    


    




     

Monday, February 21, 2011

PENDAHULUAN

  Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA dapatlah saya menghasilkan kerja kursus tentang sejarah dan penubuhan Masjid Al Ilmiah ini dengan dengan jayanya.

  Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi pengalaman dan cerita tentang asal-usul masjid ini ditubuhkan, siapa yang menubuhkan masjid ini, dan bagaimana masjid ini diimarahkan oleh ahli-ahli masjid serta penduduk kampung ini.

  Skop esei ini adalah merangkumi masjid dan sejarah penubuhannya yang tersendiri . Masjid adalah tempat dimana orang menunaikan kewajipan sebagai muslimin iaitu beribadat kepada Allah S.W.T termasuklah solat berjemaah , membaca Al-Quran , berzikir , dan sebagainya supaya dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, masjid bukan hanya tempat melakukan ibadat semata-mata , malah masjid juga adalah merupakan tempat untuk pembelajaran , pusat perjumpaan dan pertemuan, pusat kebajikan, pusat bermesyuarat dan sebagainya.

  Harapan saya ialah saya berharap agar masjid dapat dijadikan tempat yang amat penting bagi seluruh umat islam   kerana masjid merupakan rumah Allah S.W.T yang amat suci  ini .Semoga esei yang saya coretkan ini dapat dikongsi oleh seluruh umat islam sedunia .

 Kesimpulannya,  sebagai umat islam , kita perlulah sentiasa memelihara, dan menjaga masjid serta mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan supaya diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T.
 

ABSTRAK

    Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat yang mulia disisi Allah S.W.T .. Dari segi syariat , masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin. Oleh itu, Allah memberikan perhatian yang amat khusus kepada tempat tersebut .Hal ini terbukti dengan pelbagai janji yang ditebarkan olah Allah terhadap orang-orang yang mahu memelihara dan membangunkan tempat tersebut . Janji ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud , "Barangsiapa yang membangun dari harta yang halal sebuah masjid untuk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga" . 



     Menjadikan masjid sebagai salah satu simbol utama dan mercu tanda agama Islam adalah termasuk dalam tugas khalifah dalam membangun, mentadbir, mengurus dan meng‘imarahkannya demi pemeliharaan kesucian dan kemuliaannya.Oleh kerana masjid dalam  sejarah Islam tidak pernah dipisahkan daripada tugas-tugas kepimpinan negara, samada dia digelar  khalifah, amirul mukminin, imam, sultan atau raja,maka masjid mempunyai peranan yang penting dalam perjalanan sesebuah kerajaan Islam. Hakikat ini merupakan kesinambungan amalan yang telah dicontohkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. “Masjid pada zaman hayat Baginda Rasulullah S.A.W merupakan pusat pentadbiran, sumber keadilan, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan, sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan berteduh, pusat kegiatan masyarakat dan dakwah Islam, pusat dan tempat beribadat, bertahajjud dan sujud kepada Allah  Subhanahu wa Ta‘ala, ianya merupakan pusat  menghubungkan antara manusia dan manusia, dan manusia dengan Allah Subhanahuata'ala.

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim , saya  Nur Farhatul Syafiqa binti Rohaizat, memanjat kesyukuran kepada Allah SWT
kerana memberi saya kesihatan dan kekuatan serta limpah rahmatnya sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini .

Pertama sekali , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah CTU 151 saya, Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari awal pemprosesan kerja kursus lagi .

Kedua, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya , iaitu , Encik Rohaizat bin Md. Fudzi dan Puan Noreiza binti Seron kerana banyak membantu saya sepanjang menghasilkan kerja kursus ini samada dari segi kewangan, jasmani dan rohani, serta banyak memberi dorongan kepada saya sepanjang menghasilakn kerja kursus ini .

Ketiga, saya jugan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada imam Masjid Al Ilmiah Kampung Baru kerana sudi memberikan respon dan temu bual dalam memberikan maklumat tentang masjid ini .

 Akhir sekali , saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan dalam penghasilan kerja kursus ini .

ISI KANDUNGAN

TAJUK  : SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID AL ILMIAH , KAMPUNG BARU , KUALA KEDAH , KEDAH 




1. ISI KANDUNGAN


2. PENGHARGAAN


3. ABSTRAK


4. PENDAHULUAN


5. KONSEP


6. HURAIAN


7. AKTIVITI MASJID


8. CARTA ORGANISASI MASJID


9. TEMU BUAL BERSAMA IMAM MASJID


10. PENUTUP


11. RUJUKAN

Friday, February 4, 2011

MUKA HADAPAN

TAJUK
SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID AL ILMIAH , KAMPUNG BARU , KUALA KEDAH , KEDAH 


DISEDIAKAN UNTUK 
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151


DISEDIAKAN OLEH
NUR FARHATUL SYAFIQA BINTI ROHAIZAT
2010422116
BMD 2AC


PROGRAM
DIPLOMA PENGAJIAN  PERNIAGAAN


TARIKH HANTAR
1 MAC 2011