Monday, February 21, 2011

ABSTRAK

    Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat yang mulia disisi Allah S.W.T .. Dari segi syariat , masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin. Oleh itu, Allah memberikan perhatian yang amat khusus kepada tempat tersebut .Hal ini terbukti dengan pelbagai janji yang ditebarkan olah Allah terhadap orang-orang yang mahu memelihara dan membangunkan tempat tersebut . Janji ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud , "Barangsiapa yang membangun dari harta yang halal sebuah masjid untuk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga" . 



     Menjadikan masjid sebagai salah satu simbol utama dan mercu tanda agama Islam adalah termasuk dalam tugas khalifah dalam membangun, mentadbir, mengurus dan meng‘imarahkannya demi pemeliharaan kesucian dan kemuliaannya.Oleh kerana masjid dalam  sejarah Islam tidak pernah dipisahkan daripada tugas-tugas kepimpinan negara, samada dia digelar  khalifah, amirul mukminin, imam, sultan atau raja,maka masjid mempunyai peranan yang penting dalam perjalanan sesebuah kerajaan Islam. Hakikat ini merupakan kesinambungan amalan yang telah dicontohkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. “Masjid pada zaman hayat Baginda Rasulullah S.A.W merupakan pusat pentadbiran, sumber keadilan, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan, sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan berteduh, pusat kegiatan masyarakat dan dakwah Islam, pusat dan tempat beribadat, bertahajjud dan sujud kepada Allah  Subhanahu wa Ta‘ala, ianya merupakan pusat  menghubungkan antara manusia dan manusia, dan manusia dengan Allah Subhanahuata'ala.

No comments:

Post a Comment