Wednesday, February 23, 2011

KONSEP MASJID

    Terdapat pelbagai takrifan dan pengertian yang diterjemahkan sama ada di dalam kamus , para ulama' , para cendekiawan, dan sebagainya. Berdasarkan pengertian di internet, terdapat pelbagai makna dan definisi yang diberikan oleh pelbagai jenis sumber iaitu masjid atau mesjid adalah rumah tempat ibadah umat Muslim. Masjid ertinya tempat sujud, dan mesjid berukuran kecil juga disebut musholla atau surau. Selain tempat ibadah masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Kegiatan - kegiatan perayaan hari besar, perjumpaan, kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an sering dilaksanakan di masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan hingga kemiliteran.


    Perkataan masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa ialah : “ Nama bagi tempat sujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi : 

جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا

(رواه البخاري)


Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”

(Hadis riwayat Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)



    
    
Menurut seorang pensyarah Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, iaitu Dr. Abdurrahman Raden Aji Haqqi sebagai gambaran umum definisi masjid, walaupun perkataan ‘masjid’ sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila kita merujuk beberapa kamus daripada pelbagai bahasa, kita akan menjumpai beberapa kemusykilan untuk memastikan definisi masjid. Ini disebabkan, menurut hemat penulis, oleh keumuman definisi tersebut. Sebagai contoh,  Kamus Dewan  mentakrifkan masjid sebagai “bangunan  khas tempat orang Islam 
beribadat.” Salah satu kemusykilannya, definisi ini boleh diaplikasikan kepada sebuah kedai yang dikhaskan untuk perniagaan dengan niat beribadat kerana dalam Islam perniagaan juga termasuk amal ibadat.
 Jadi kedai boleh dianggap masjid kerana ia merupakan bangunan khas tempat peniaga Muslim beribadat dalam bentuk perniagaan . Sebaliknya, dalam sebuah kamus berbahasa Arab, masjid didefinisikan dengan lebih sempit lagi iaitu “  ﻓﻴـﻪ ﻳﺼﻠﻰ ﻣﻜﺎﻥﲨﺎﻋــﺔ ﺍﻟﻨــﺎﺱ” atau “satu tempat di mana orang-orang  melaksanakan sembahyang berjemaah.”Ini bermakna secara  harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah saja  dan ia hanya digunakan untuk sembahyang, tidak lain. Di dalam kamus berbahasa Inggeris, 
masjid ditakrif sebagai  ‘Islamic place of worship’.Definisi ini lebih kurang menyerupai definisi versi bahasa Melayu walaupun ia lebih luas lagi  kerana bukan hanya ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ‘place’ yang bersifat Islam. Walau bagaimanapun, demi mengelakkan perbincangan panjang lebar mengenai definisi masjid, pengertian masjid dalam kertas kerja ini adalah seperti yang ditakrifkan  Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77  (selepas ini dipanggil  Akta)  iaitu: “Sebuah bangunan yang didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatan-perkhidmatan dan 
lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam, dan termasuk sebuah surau.”Daripada tafsiran undang-undang di atas, maksud istilah ‘masjid’ adalah: 


i. Berupa sebuah bangunan; 
ii. Bangunan tersebut didirikan atau digunakan bagi 
maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatanperkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan 
dengan agama Islam;    
iii. Surau dan balai ibadat


   Terdapat Sabda Nabi saw yang bermaksud “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid utk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga.” Namun masjid dalam erti yg sangat luas adalah semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dgn sabda Rasul saw “.. dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yg suci- mensucikan .” 




    Masjid bererti tempat beribadah. Akar kata dari masjid adalah sajada dimana sajada bererti sujud atau tunduk. Kata masjid sendiri berakar dari bahasa Aram. Kata masgid (m-s-g-d) ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke 5 Sebelum Masehi. Kata masgid (m-s-g-d) ini bererti "tiang suci" atau "tempat sembahan".
Kata masjid dalam bahasa Inggeris disebut mosque. Kata mosque ini berasal dari kata mezquita dalam bahasa Spanyol. Sebelum itu, masjid juga disebut "Moseak", "muskey" , "moscey" , dan "mos'key". Diduga kata-kata ini mengandung nada yang menjengkelkan. Contohnya pada kata mezquita yang diduga berasal dari kata mosquito. Tapi, kata mosque kemudian menjadi popular dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara luas.

   
    


    




     

No comments:

Post a Comment