Friday, February 25, 2011

HURAIAN

SEJARAH PENUBUHAN MASJID AL-ILMIAH


    Masjid yang kekuningan dan beratap biru ini dinamakan Masjid Al-Ilmiah,Kampung Baru, Kuala Kedah, Kedah .Pada mulanya, masjid ini dinamakan Masjid Lama Kampung Baru sahaja . Selepas berpuluh-puluh tahun, masjid ini dinamakan pula dengan Masjid Al-Ilmiah sehingga kini. Untuk pengetahuan orang ramai, masjid ini telah dibina lebih daripada 80 tahun dahulu . Akan tetapi, banyak binaan masjid ini yang telah rosak kerana dimamah usia . Oleh itu , masjid ini diperbaharui semula dan diperbesarkan pada tahun 70-an .Yahya bin Haji Ali merupakan pengasas masjid ini yang dibina untuk orang kampung menunaikan solat berjemaah dan sebagainya . Imam pertama masjid ini adalah Lebai Hassan bin Haji Ishak yang merupakan nenekmoyang kepada ayah saya . Manakala , imam kedua ialah Tok Lebai Syafie yang menjadi tunggak masjid ini .










KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
    
      Selain itu, masjid ini mempunyai beberapa kemudahan untuk kegunaan orang kampung sekitar masjid ini. Walaupun kebanyakan kemudahan ini sudah usang kerana sudah lama, namun, kemudahan-kemudahan ini masih boleh digunakan sehingga kini, antaranya ialah , tandas awam , kolah ambil air wudhuk , mikrofon , dan sebagainya .Masjid ini tidak dilengkapi dengan air pili kerana hanya mempunyai kolah ambil air wudhuk.Oleh itu, orang kampung hanya mengambil wudhuk menggunakan air kolah . Kaum muslimat mengambil air wudhuk menggunakan air di dalam tandas.Tidak ketinggalan juga terdapat ruang solat untuk kaum muslimin dan ruang solat untuk kaum muslimat . Walaupun ruang solat bagi kaum muslimat agak sempit, namun ruang solat yang disediakan ini cukup selesa untuk kegunaan jemaah .
      Akan tetapi , ruang bacaan untuk kegunaan jemaah agak terhad kerana banyak Al-Quran dan kitab-kitab lama yang sudah usang dan carik , malah ada yang hilang kerana dicuri . Di samping itu , terdapat sebuah mimbar lama yang menjadi tunggak masjid ini dimana mimbar ini digunakan oleh imam masjid untuk membaca khutbah jumaat dan khutbah raya . Terdapat juga tempat mandi jenazah dimana jenazah akan dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan di masjid ini .










PERBANDINGAN SUASANA MASJID PADA MASA DAHULU DAN SEKARANG




       Menurut imam masjid ini dan orang-orang kampung , terdapat banyak perbandingan suasana masjid pada masa dahulu dan sekarang . Antaranya ialah , pada masa dahulu , semua dinding dan lantai diperbuat daripada kayu sahaja .Pada masa kini, lantai kayu telah digantikan dengan lantai mozek dan separuh dinding masjid ditukar dengan simen .
       Selain itu, pada masa dahulu, masjid ini tidak mempunyai sumber bekalan elektrik dan air . Mereka membina sebuah telaga yang digunakan untuk menadah air hujan dan dijadikan air wudhuk . Oleh kerana tiada bekalan elektrik, mereka menggunakan lampu gasolin dan minyak tanah pada waktu malam .Berbeza pada masa kini yang sudah ada kemudahan bekalan air dan elektrik . 
       Disamping itu , cara penyampaian azan pada masa dahulu dan sekarang mempunyai perbezaannya yang tersendiri . Pada masa dahulu , apabila masuknya waktu azan , siak akan membunyikan gendang sebanyak beberapa kali menandakan masuknya waktu solat . Untuk pengetahuan umum , hadith ini telah menceritakan tentang penyampaian azan pada zaman rasulullah sallallahualaihiwasallam yang bermaksud ,
Dari Anas Bin Malik:
Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja.
Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
Pada masa kini pula , semestinya mereka menggunakan p.a sistem dan pembesar suara dan melaungkannya apabila sudah masuknya waktu solat.
       Keadaan jalan kampung untuk sampai ke masjid ini juga sudah berubah. Pada masa dahulu, jalan masuk ke kawasan masjid ini hanya berpasir dan berdenai . Pada masa kini, keadaan jalan sudah berubah dimana jalan telah pun diturap .





        



TANAH PERKUBURAN

     Saya telah menziarahi tanah perkuburan yang berdekatan dengan masjid ini . Tanah perkuburan ini telah dijaga dengan baik memandangkan rumput-rumput liar sudah dicabut dan dicantas . Saya juga telah menemui pusara imam pertama Masjid Al-Ilmiah ini iaitu Lebai Hassan bin Haji Ishak . 






AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERANAN MASJID TERHADAP ORANG RAMAI  

      Pelbagai aktiviti dijalankan di masjid untuk menarik lebih ramai orang kampung untuk berjemaah di masjid selain dapat mengimarahkan m asjid . Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong , pembersihan tanah perkuburan , ceramah agama , sambutan maal hijrah , kacau bubur asyura , malam nisfu sya'aban , mejlis hari raya korban , dan sebagainya . Derma khairat juga telah dijalankan dan dikutip setiap minggu . Duit hasil derma khairat akan disumbangkan kepada fakir miskin dan selebihnya akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan masjid yang telah rosak . Imam masjid memainkan peranan untuk memberi kuliah agama dua kali seminggu .Bacaan yaasin juga dijalankan setiap hari jumaat.


     Secara umumnya , masjid ini mempunyai peranannya yang tersendiri . Antaranya ialah ,secara umum masjid ini merupakan tempat beribadah seperti menunaikan solat dan berzikir .Selain itu, masjid ini juga merupakan  pusat ilmu, iaitu terdapat kelas KAFA dan fardhu ain kepada anak-anak di kampung ini . Di samping itu, masjid ini juga merupakan tempat kebajikan dimana musafir boleh singgah untuk berehat di masjid ini , dan menjadi tempat untuk mengumpulkan zakat . Masjid ini juga merupakan tempat untuk mengadakan akad nikah . Semasa saya membuat kajian di masjid ini , saya dapati terdapat sebuah majlis akad nikah sedang berlangsung . Jelaslah bahawa , masjid ini masih mempunyai fungsinya walaupun sudah terlalu lama dan usang .









              
        
CARTA ORGANISASI MASJID AL-ILMIAH


Berikut adalah carta organisasi masjid Al-Ilmiah yang sempat saya catat . Menurut imam masjid, carta organisasi ini tidak pernah berubah dari zaman 70-an dahulu hingga sekarang dan ada yang telah meninggal dunia.Namun carta organisasi ini tidak pernah berubah .


IMAM :
Haji Said bin Abdul Rahman


BILAL :
Mohd Zubir bin Hassan


SIAK :
Saad bin Mat


SETIAUSAHA :
Azhar Aziz


BENDAHARI :
Haji Kadir


AJK MASJID :
Paksu Ali
Paksu Jalil
Ismail Bakar



HASIL TEMU BUAL BERSAMA IMAM MASJID AL-ILMIAH


biodata diri

nama penuh :  Haji Said bin Abdul Rahman
umur : 65 tahun
pekerjaan : nelayan / imam masjid Al-Ilmiah
peranan : jurunikah , pengutip zakat , membaca talkin , membaca khutbah 
pengalaman sepanjang menjadi imam : banyak suka dan duka semasa menjadi imam , antaranya semasa pertama kali menjadi imam , beliau menarik perhatian semua orang kampung . Hasilnya, orang kampung banyak memberi sokongan dan sentiasa datang berjemaah ke masjid . 








                  

No comments:

Post a Comment